Kematian Raja Pop Michael Jackson awal pagi ini akibat serangan jantung mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.
Disahkan MJ, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

Lima anak Jackson - Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael
Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.
Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.
Beliau dilaporkan memilih "Mikaeel" - sempena nama malaikat pembawa rezeki - sebagai nama Islamnya.
Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.
No comments:
Post a Comment